KUCHING: Jangkitan kes positif di Sarawak direkodkan empat angka iaitu 1,248 kes, peningkatan tertinggi tahun ini.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, peningkatan itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri Bumi Kenyalang itu kepada 261,060 kes.
Bagaimanapun, daripada 1,248 kes hanya 18 kes sahaja yang berada dalam Kategori 3 hingga 5 manakala 1,230 kes dalam Kategori 1 dan 2.
"Malah tiada kes kematian direkodkan pada Selasa," katanya kenyataan itu.
Tambah kenyataan itu lagi, Kuching terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 430 kes, diikuti Miri (238) dan Sibu (180).
Sementara itu 11 daerah merekodkan kes dua angka dan 21 lagi daerah masing-masing satu angka kes COVID-19.
Selain itu, tiada kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif kekal kepada tiga kluster.
Fadilah Sulaiman
Tue Mar 01 2022
Daripada 1,248 kes hanya 18 kes sahaja yang berada dalam Kategori 3 hingga 5 manakala 1,230 kes dalam Kategori 1 dan 2.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Regu Malaysia muncul juara tewaskan Thailand 2-0
Stadium Titiwangsa menjadi saksi gemilang pasukan Malaysia selepas menamatkan badi berdepan Thailand di kejohanan Piala Dunia ISTAF apabila menewaskan seteru utama 2-0.
Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Pelihara sekiranya tidak mahu kehilangan khazanah 'megadiverse' negara
Malaysia merupakan antara negara yang kaya dengan kepelbagaian biologi berbanding dengan negara-negara seperti Afrika dan Amerika Syarikat dan khazanah yang ada di negara ini harus dinikmati, disayangi dan dicintai demi masa hadapan untuk generasi yang akan datang.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Namun pun begitu, menurut Setiausaha Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan NRES, S.Siva Kumar, dia berpendapat bahawa mungkin orang ramai tidak dapat menikmati khazanah negara untuk jangka masa yang panjang jika orang ramai tidak ambil cakna tentang kepentingan ini.
Ketua negara beri penghormatan terakhir buat Raisi
Pemimpin-pemimpin dunia dan menteri tertinggi dari pelbagai negara berhimpun di Tehran bagi memberi penghormatan terakhir buat Presiden Iran Ebrahim Raisi yang maut dalam nahas helikopter di sempadan Azerbaijan. Antara figura yang dilihat hadir, Emir Qatar, Tamim bin Hamad Al Thani, pemimpin-pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dan Presiden Tunisia, Kais Saied.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China. Beliau diiringi isteri Datin Seri Hamidah Khamis. Ketibaan beliau dan delegasi di hotel penginapan di Hong Kong disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Muhamad Alamin dan pegawai kanan kerajaan.
Polis Melaka tawar diskaun saman 50%
Polis Diraja Malaysia menawarkan diskaun saman sebanyak 50% kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka.
Sub-keturunan Omicron (BA.2) dijangka ganti varian asal di Sarawak
Kemunculan sub-keturunan varian Omicron (BA.2) dijangka menggantikan varian asal itu di Sarawak, kata Profesor Dr David Perera.
COVID-19: Sarawak catat 1,248 kes baharu, hanya 18 kes Kategori 3 hingga 5
Jangkitan kes positif di Sarawak direkodkan empat angka iaitu 1,248 kes, peningkatan tertinggi tahun ini.
COVID-19: 178 kes positif, satu kematian di Sarawak
Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 178 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kes di negeri itu kepada 12,451.
Sarawak Memilih: GPS akan mohon pengecualian darurat jika COVID-19 terkawal - Masing
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan memohon untuk dikecualikan daripada darurat bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) dijalankan.
COVID-19: Sarawak catat 55 kes positif harian, angka tertinggi setakat ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 55 kes positif COVID-19 yang merupakan kes tertinggi direkodkan di negeri tersebut.